CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berita Harian Online | 13,000 guru sandaran terlatih diserap

Berita Harian Online | 13,000 guru sandaran terlatih diserap

13,000 guru sandaran terlatih diserap
Oleh Fakhrurrazi Usuldin

2011/07/27

PUTRAJAYA: Sebanyak 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang kontrak mereka tidak disambung sebelum ini ditawarkan sebagai guru tetap bagi memberi peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian mengeluarkan surat tawaran kepada mereka baru-baru ini untuk mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti (KBC) sebelum diserapkan ke jawatan tetap.
“Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 Peringkat Kebangsaan, di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9 (2) di sini, semalam.
Beliau berkata, GSTT lepasan ijazah hanya perlu mengikuti kursus setahun dan bersedia mengajar di tempat lain jika tempat di sekolah lama sudah penuh.

Mohd Puad juga berkata, tahun ini kementerian tidak lagi mengambil GSTT dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada GSTT sedia ada diserap sebagai guru tetap terlatih. 

Isu GSTT timbul apabila kementerian mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka pada tahun lalu. Ia menyebabkan ramai guru sandaran kecewa dan mendesak kerajaan menimbang semula keputusan itu.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjong, Perak dinobatkan juara kategori pertandingan akhir Bot Lumba RA3, manakala kategori sekolah rendah, SekolahKebangsaan Permatang Kandu, Pulau Pinang. 

Siapakah Dia?


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Sakit Hati, Tulang Sendiri?


WANITASiapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKIKamu!!!
WANITAMenurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Kisah Sebatang Pokok Epal


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

25 Tip Kuruskan Badan


Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia. Saya akan bahagikan tip-tip artikel ini kepada nutrisi dan pemakanan, senaman serta supplement.

1 - 10: Nutrisi dan Diet Pemakanan.

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.
  3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

Sikap Wanita yang Disenangi Lelaki


Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedangstress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.
02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.
03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?
 
COPYRIGHT@2010-2011.HAK MILIK MISS SYAHIRAH